Friday 5 August 2011

Kenangan Sekolah Alam Shah Putrajaya

1. Tetiba terkenang kembali zaman persekolahan dulu2.. nak citer la skit..huhuh

2. Sekolah Alam Shah (Sekolah Sultan Alam Shah) merupakan destinasiku yang seterusnya selepas menduduki PMR 2004. Alhamdulillah berkat kesungguhan belajar keputusan PMR ku cemerlang dan diterima masuk ke Sekolah Alam Shah.

3. Secara jujurnya sebelum ini memang aku tak kenal langsung akan sekolah ini.. maklumlah aku sekolah kampung je,, satu lagi peliknya Sekolah Alam Shah tak tertulis Menengah @ Rendah ke,, dalam hatiku terfikir mesti hebat sekolah ni... Guru2 ku mengucapkan tahniah dan mengatakan betapa untungnya aku diterima ke sekolah ini,, wow.. memang hebat sekolah ni,,,

4. Jadi seminggu sebelum Raya Cina aku mendaftarkan diri di sana,, Putrajaya,, first time sampai Putrajaya,, actually Kuala Lumpur pun aku tak pernah pergi lagi... naif betul..hahahha

5. Aku dan pelajar2 baru disambut hebat setibanya kami di sana.. Pelajar2nya sangat petah berbicara, siap speaking lagi tu.. memang hebat students SAS ni.. untung sangat2 rase....=)

              Bangunan Pentadbiran Sekolah

6. satu lagi keunikan sekolah ni semua students adalah lelaki.. hurm.. x dapat cari awek,,hahah.. yang membuatkan aku rasa sangat bangga Sekolah Alam Shah adalah merupakan sekolah Melayu yang pertama di dunia.. dan pada tahun 2004 mendapat ranking no 2 antara SBP dalam PMR.. bangganya rasa..

7. Alhamdulillah,, Sekolah Alam Shah telah banyak mengubah diriku, menjadikan aku lebih berdikari, tahap penguasaan Bahasa Inggerisku juga meningkat, imej ku juga berubah ke arah yang lebih kemas, kerohanian ku dapat ditingkatkan dan yang paling penting aku dapat mengenali kawan2 dari seluruh Malaysia. Ada yang dari Terengganu, Kelate, Kedah, Sabah dan Sarawak pun ada...

     5 Dinamik ( Class of Best Ever in my life )

8. Aku berharap suatu hari nanti aku dapat menjejakkan kakiku semula di bumi Alam Shah.. sebagai seorang pendidik,, InsyaALLAH.. kalu x pun sebagai penceramah undangan (Prof Dr Mohd Taufik).. heheh.. amin..


sahabatku.. aiman dan awie,, lencana terbesar di Malaysia


Mohd Taufik B Ibrahim.. Ex Sassians