Friday 5 August 2011

Kenangan Sekolah Alam Shah Putrajaya

1. Tetiba terkenang kembali zaman persekolahan dulu2.. nak citer la skit..huhuh

2. Sekolah Alam Shah (Sekolah Sultan Alam Shah) merupakan destinasiku yang seterusnya selepas menduduki PMR 2004. Alhamdulillah berkat kesungguhan belajar keputusan PMR ku cemerlang dan diterima masuk ke Sekolah Alam Shah.

3. Secara jujurnya sebelum ini memang aku tak kenal langsung akan sekolah ini.. maklumlah aku sekolah kampung je,, satu lagi peliknya Sekolah Alam Shah tak tertulis Menengah @ Rendah ke,, dalam hatiku terfikir mesti hebat sekolah ni... Guru2 ku mengucapkan tahniah dan mengatakan betapa untungnya aku diterima ke sekolah ini,, wow.. memang hebat sekolah ni,,,

4. Jadi seminggu sebelum Raya Cina aku mendaftarkan diri di sana,, Putrajaya,, first time sampai Putrajaya,, actually Kuala Lumpur pun aku tak pernah pergi lagi... naif betul..hahahha

5. Aku dan pelajar2 baru disambut hebat setibanya kami di sana.. Pelajar2nya sangat petah berbicara, siap speaking lagi tu.. memang hebat students SAS ni.. untung sangat2 rase....=)

              Bangunan Pentadbiran Sekolah

6. satu lagi keunikan sekolah ni semua students adalah lelaki.. hurm.. x dapat cari awek,,hahah.. yang membuatkan aku rasa sangat bangga Sekolah Alam Shah adalah merupakan sekolah Melayu yang pertama di dunia.. dan pada tahun 2004 mendapat ranking no 2 antara SBP dalam PMR.. bangganya rasa..

7. Alhamdulillah,, Sekolah Alam Shah telah banyak mengubah diriku, menjadikan aku lebih berdikari, tahap penguasaan Bahasa Inggerisku juga meningkat, imej ku juga berubah ke arah yang lebih kemas, kerohanian ku dapat ditingkatkan dan yang paling penting aku dapat mengenali kawan2 dari seluruh Malaysia. Ada yang dari Terengganu, Kelate, Kedah, Sabah dan Sarawak pun ada...

     5 Dinamik ( Class of Best Ever in my life )

8. Aku berharap suatu hari nanti aku dapat menjejakkan kakiku semula di bumi Alam Shah.. sebagai seorang pendidik,, InsyaALLAH.. kalu x pun sebagai penceramah undangan (Prof Dr Mohd Taufik).. heheh.. amin..


sahabatku.. aiman dan awie,, lencana terbesar di Malaysia


Mohd Taufik B Ibrahim.. Ex Sassians

Friday 22 July 2011

First Time Masuk Kelas as a TEACHER (practical)

1.  Mula - mula jejak kaki ke sekolah, ke pejabat dulu.. tanda kehadiran...
     pastu tengok jadual 'releif' ade ke tak,,,, biasanya guru praktikal akan dapat 'relief' je minggu pertama...

2. Memang bergaya la jadi cikgu.. jalan sikit je ada bunyi,,"Assalamualaikum Cikgu".. hehhe.. bangga betul..
    dulu kite yang bagi salam... sekarang jawab salam pulak...

3. Minggu pertama ni memang relief je.. so kadang - kadang terpaksa cari idea untuk hiburkan pelajar -
     pelajar... yang pertama sekali main teka teki,,,

4. Antara dialog teka - teki :

    Cikgu : Cikgu nak bagi teka teki kat kamu,, boleh?
     Pelajar : Ala Cikgu, bagi je.. mudah je..hahhaha
    Cikgu : ok.. dengar ni,, Seorang BISU ke kedai, nak beli berus gigi, dia tak boleh bercakap, so dia
                tunjuk la gaya gosok gigi.. jadi tauke kedai faham la dia nak ape,, esoknya seorang BUTA ke
                kedai yang sama, nak beli kaca mata, macamana dia nak dapatkan kaca mata tersebut???
                jawab2...
    Pelajar : Ala, senangnyer teka teki tu.. dia tunjuk la gaya pakai spek!!! hahaha
    Cikgu : hahaha... SALAH3333... adik cikgu kt tadika pun leh jawab,,, hehhe
    Pelajar : EH, pastu ape cikgu???!!!
    Cikgu : Eh,,, nak mengalah dah?? hahaha.. kata senang tadi.. jawab ler...
    Pelajar : Ok2.. dia tulis kt kertas yang dia nak spek???
    Cikgu : dia kan buta, macamana nak tulis??? hahah...
    Pelajar : A'ah,, betul jugak kan??? ala.. pe jawapan dia cikgu????!!! kami mengaku kalah... hahah
    Cikgu : hahaha.. ngaku kalah?? hahah.. ok,, jawapannye dia CAKAP je la... dia BUTA bukan
                BISU!!!!,,, hahahhaha
    Pelajar : ahhahaha......

5. Begitulah sepanjang jadi Cikgu relief.. sedaya upaya cuba ambil hati pelajar supaya mereka dapat terima
     kita... Alhamdulillah,, cikgu2 kat SMK Cenderawasih semuanya sporting2... pelajar pun ok...

    Gaya Seorang Guru (Pakaian Rasmi)


Beruniform PDRM (kadet Polis)

6. Ok lah,, stop dulu... next topic citer pasal hari guru pulak,,,huhuhu.. bubbye...

Tuesday 19 July 2011

Guru Praktikal di SMK Cenderawasih

1.Sekolah Menengah Kebangsaan Cenderawasih, Kuantan Pahang merupakan sekolah pilihanku untuk menjalani Latihan Mengajar (LM) selama 1 semester..
2. Mula mendaftarkan diri pada 2 hb Mei 2011 (selasa).. diberi tanggungjawab untuk mengajar subjek Sains Tingkatan 1 (1 BIJAK) dan Tingkatan 2 (2 CEKAP).

3. Juga dilantik sebagai guru Kadet Polis, Kelab Badminton dan Guru Rumah Hijau (KENYALANG). Bersama 4 orang kawanku dari UPSI dan 3 orang daripada UIA, kami menjalankan rutin harian seperti guru guru yang lain.

4. Setakat ini dulu coretanku... bersambung pula lain masa.. wasalam...

Monday 18 July 2011

Lagi Blogz diwujudkan sbb tak ingat PASWORD

setelah sekian lama menyepi... kini muncul kembali... sebab tak ingat PASWORD blogz dulu,,hihihi.. pasni usaha untuk murnikan blogz akan giat dijalankan.. bubbye,,,